PENGENALAN






Resort Camar Laut yang juga dikenali sebgagai Pusat Latihan LKIM adalah sebuah pusat latihan dan juga resort percutian yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM). Bermula sebagai tapak penetasan udang harimau, ianya dibangunkan menjadi sebuah pusat latihan dan resort percutian sejajar dengan hasrat kerajaan memajukan industri agro-pelancongan.


Terletaknya di Bagan Lalang,Sepang sebuah perkampungan nelayan yang berdekatan dengan KLIA dan lembah kelang telah menjadi tumpuan penyewaan untuk latihan dan percutian serta aktiviti laut sejak beroperasi pada 1991. Sinonim dengan kawasannya yang berdekatan laut yang juga dihuni pelbagai hidupan dan unggas, tempat ini lebih dikenali Camar Laut.